Ya Allah berilah kami kekuatan dan semangat di dalam mengharungi cabaran ini
.

.
.
15.08.2009, Sabtu, Stadium Tertutup Komplex Sukan Negara Hassanal Bolkiah terukir satu sejarah baru apabila pasukan M3K FT telah dinaubatkan sebagai Juara Futsal Piala Keputeraan ke 63 tahun setelah berjaya menewaskan pasukan Creativol.
Dalam perlawanan final tersebut kedua-dua pasukan mempamirkan kesungguhan masing-masing untuk merebut gelaran juara pada tahun 2009 ini. Pasukan M3K FT bermula garang dengan asakan bertali arus menyerang ke kubu pertahanan pasukan Creativol yang cukup kental dan mampu menepis setiap serangan yang lancarkan. Dalam keasyikan menyerang akhirnya pasukan M3K FT pula dikejutkan dengan jaringan yang tidak di duga hasil rembatan daripada sudut sebelah kanan gawang yang seterusnya menewaskan penjaga gawang M3K FT buat kali pertama. Kedudukan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa yang pertama.
Sebaik saja bermulanya separuh masa ke dua, pasukan M3K FT seolah-olah kehilangan arah. Setiap percaturan serba serbi tidak mengena. Akan tetapi dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi akhirnya M3K FT mendapat semula rentak permainan dan akhirnya goal penyamaan yang dinanti-nantikan muncul apabila Mohd Azri Jumat (munk) membuat rembatan cantik hasil hantaran kemas daripada Mohd Hamiduddin (Captain) menerjah gawang pasukan Creativol dan seterusnya menjadikan kedudukan seimbang semula 1-1. Keputusan tersebut berterusan hingga tamat separuh masa ke 2.
Maka penentuan Juara adalah dilakukan melalui sepakan panelty yang cukup mendebarkan. 3 penendang pertama mampu menyempurnakan tugas masing-masing, sehinggalah berlakunya kecuaian demi kecuaian oleh beberapa pemain. Dalam perlawan ini penjaga gawang perlu diberikan pujian yang tinggi kerana berjaya mempamirkan aksi yang menarik. Akhirnya penjaga gawang M3K FT iaitu penjaga Gawang gantian mempamirkan prestasi terbaik beliau apabila mampu menyelamatkan 4 sepakan panelty pihak lawan. Dengan kecemerlangan beliau akhirnya secara mutlaknya pasukan M3K FT dinaubatkan sebagai Juara 2009.
Dalam perlawanan tersebut, pemain jersi 4 iaitu Mohd Sarafuddin (Sarap) di anugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Manakala pasukan M3K FT berjaya membawa pulang Piala Pusingan, Piala Rebutan, Pingat Emas dan wang tunai berjumlah $2000 ringgit Brunei. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua pemain M3K FT diatas kejayaan yang diperolehi dan tidak lupa juga diucapkan ribuan penghargaan kepada Pengurus Pasukan M3K FT iaitu Hj Mohd Fuziman...jasa biskita tetap kami kenang.

No comments:
Post a Comment