Myspace Banner Generator @ JellyMuffin.com

Brunei Darussalam Negara Tercinta

We Represent

All About FootBalL

Tuesday, August 11, 2009

Futsal Keputeraan M3K FT Cemerlang menuju ke pusingan ke 2

New M3K FT ReVoLuTiOn
.

10.08.09, Isnin, Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah menjadi medan penentuan bagi pasukan Futsal M3K FT dalam mengharungi pertandingan futsal piala Keputeraan sempena sambutan hari KeputeraanKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaullah yang ke 63 Tahun.

Dalam pertandingan tersebut pasukan M3K FT telah berjaya menewaskan 3 pencabar lainannya dan 1 berkeputusan seri. Kemenangan pertama diperolehi melalui kemenangan dengan jaringan 3-1 iaitu menumpaskan pasukan PPJ. Rentak kemenangan terhenti buat seketika apa bila pasukan M3K FT terikat tampa jaringan 0-0 dengan pasukan Bukit Bandera daripada daerah Tutong yang juga turut layak ke pusingan seterusnya.

Kemenangan kedua diperolehi apabila pasukan M3K FT berjaya menumpaskan pasukan Courio dengan jaringan 2-0 dan setelah itu pasukan Phouspor pula menjadi mangsa seterusnya dengan jaringan 3-0. Ini bermakna pasukan M3K FT mengekalkan rekod tanpa kalah dengan memperolehi 10 mata dalam 4 perlawanan tersebut.

Pada malam tersebut juga merupakan malam yang terindah buat pasukan M3K FT kerana berjaya mara ke pusingan ke 2 dan telah mampu melenyapkan "BADI KEKALAHAN SAAT-SAAT TERAKHIR" yang sering di alami sebelum ini...semoga pasukan M3K FT semakin mantap dan terus maju kehadapan dengan berpegang dengan kata-kata pembakar semangat "Manang Kompom Kalah Kalok".

No comments:

Post a Comment