Myspace Banner Generator @ JellyMuffin.com

Brunei Darussalam Negara Tercinta

We Represent

All About FootBalL

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430


Hijrah itu satu perjuangan dan hijrah itu satu pengorbanan. Hadapilah hidup ini dengan ketabahan, semoga tahun baru hijrah 1430 ini akan membawa kejayaan kepada kita semua. Berhijrah lah daripada yang tidak baik kepada yang baik, berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Fikir-fikirkan lah.

Wednesday, December 24, 2008

Tuesday, December 23, 2008

Gambar Kenang-Kenangan

Yeah Tani Juara
Arib, Hamid, G Man (coco @ Pengurus )
Sarap & Amy Happy Alwayz
Hamid & Zulllll

Azri @ Mang @ Munk

Yeah Kami Juara!!!

Gelagat Para Pemain Setelah Selesai Kesemua Perlawanan

Juara!!!

Akhirnya setelah kurang bernasib baik di dalam perlawanan Dragon Sword Futsal Holiday Tournment, pasukan M3KFT telah dinobatkan sebagai Juara Liga Dragon Sword Mini League setelah mengumpul mata tertinggi daripada 11 buah pasukan pencabar lainnya. M3KFT mengumpul 26 mata iaitu 8 menang, 2 seri dan 1 kalah. Pasukan M3KFT membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $50. Syabaas dah tahniah diucapkan.

Dragon Sword Mini League Started


Dragon Sword Mini League


Ahad, 21.12.2008, Pasukan M3KFT akan menyertai Dragon Sword Mini League. 12 buah pasukan akan bersaing untuk mendapatkan gelaran Juara Liga. Adakah pasukan M3KFT mampu untuk mengharungi perlawanan tersebut, sama-sama kita nantikan.

Kehampaan jelas terpancar pada wajah pemain

Punchaaaaa!!! Heheheheh



Gagal Layak Ke Pusingan Seterusnya

Dalam pusingan kalah mati, pasukan M3KFT telah tewas dengan pasukan Sporting Family Team dengan jaringan Penalti 4-3, setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan setelah tamat tempoh 14 minit permainan. Walaupun pasukan M3KFT telah mempamirkan permainan yang menarik dan mampu menguasai permainan secara menyeluruh selama tempoh 14 minit berkenaan, namun apakan daya nasib tidak menyebelahi pasukan M3KFT, apabila pemain jersi No 4 , Mohd Sarapuddin gagal menyudahkan sepakan penalti beliau. Kegagalan beliau ini menyebabkan pasukan M3KFT tersingkir pada pusingan ke 2 tersebut. Diharap pasukan M3KFT tidak akan berputus asa dan coba lagi pada perlawanan akan datang. Syabaas dan Tahniah di atas semangat juang yang ditunjukkan.

Persiapan Sebelum Perlawanan Pusingan Ke 2


Bah jaan batah, pasang tia kasut ah.



Gelagat pemain-pemain sebelum perlawanan bermula.

Jadual Perlawanan Pusingan Ke 2


Pasukan M3KFT akan berentap dengan pasukan Sporting Family Team dalam perlawanan pusingan ke 2. Perlawanan tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 21.12.2008 bertempat di Dewan UBD.

Keputusan Perlawanan Kumpulan D


Menyertai Dragon Sword Holiday Futsal Tournment


12.12.2008, Jumaat, Pasukan M3KFT telah menyertai Dragon Sword Holiday Futsal Tournment yang telah berlangsung di Dewan UBD. Pasukan M3KFT telah pun diundi dalam Kumpulan D. Dalam Kumpulan D ini, pasukan M3KFT telahpun bersaing dengan 7 pasukan lainnya, iaitu Warriors, Seri Tanjong, B Win Utd, Fc Forza, Pria Ikhlas, Kings Way dan Al Mukmin Fc. Alhamdulillah pada hari tersebut, pasukan M3KFT telah layak untuk memasuki pusingan kedua iaitu menduduki tempat kedua secara keseluruhan dengan memperolehi 14 mata hasil daripada 4 menang, 2 seri dan 1 kalah. Pasukan Warriors pula muncul juara dalam kumpulan D ini. Syabas diucapkan kepada pasukan M3KFT yang telah berjaya melayakkan diri kepusingan ke 2

Monday, December 22, 2008

Penubuhan M3K FT



M3KFT merupakan salah sebuah pasukan futsal yang baru ditubuhkan pada 1.12.2008. Walau bagaimana pun, pasukan ini dianggotai oleh beberapa pemain-pemain yang berpengelaman. Kebanyakkan pemain-pemain futsal M3KFT merupakan pemain-pemain yang mewakili pasukan-pasukan yang berentap didalam Dst Brunei Premier Leauge, diantara pasukan-pasukan yang sertai adalah QAF Fc, Jerudong Fc, Kilanas Fc dan NBT Fc. Pasukan M3KFT ini ditubuhkan atas dasar semangat "TeamWork" dan Semangat Setia Kawan dikalangan pemain itu sendiri disamping menimba pengalaman yang ada.