Myspace Banner Generator @ JellyMuffin.com

Brunei Darussalam Negara Tercinta

We Represent

All About FootBalL

Saturday, October 3, 2009

M3K Menang 3-2


Kemenagnan Pertama M3K FT dalam perlawan pertama Bola Padang hehehe
yg penting bula...bukannya futsal ganya...


Keputusan Akhir 3-2...Nice game guys (hehehe walaupun aku meliat sekajap ganya)



Happy berabiz c irfan begambar...n yg belakang a2 yg 2 org ah hamid n sai kekekek



Zul a.k.a Butul bergandingan dengan Munk hehehehe



Akhirnya setelah beberapa bulan menyepi....Zul kembali beraksi....wawawawa banyak2 lagi belatih wang :P..


Keputusan 3-2...Penjaring 2 goal dihasilkan oleh Sarap dan 1 goal dijaringkan oleh Munk. Teruskan Usaha M3K FT...cayalah..bukannya futsal ganya hehehe bola padang pun boleh tahan jua kekekek....

Sunday, September 6, 2009

Do We Need New Logo?


Assalammualaikum
kepada semua pemain2 M3K FT...dalam perancangan tani kan membuat logo baru...adakah biskita semua setuju dengan logo ani? coz logo tani yang lama ada lambang adidas bah hehehe kang kana saman...if setuju or inda buat sj rah chat box ok.

Thursday, September 3, 2009

Perlawanan Futsal Persahabatan

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PEMAIN2 FUTSAL M3K FT BAHAWA PADA HARI SABTU 5HB SEPTEMBER 2009, JAM 9 MALAM, TANI AKAN ADA PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN TEAM BORNEO BRUNEI, SO PARA PEMAIN DIKEHENDAKI DATANG LEBIH AWAL IAITU PADA JAM 8.30 MALAM. P/S BAJU JANGAN LUPA BAWA K.

Sunday, August 16, 2009

Pemain2 M3K FT Menyertai Perlawanan PES Sony Ps2

Beberapa pemain M3K FT menyertai perlawanan PES 2009.
.
Bom2 tewas ditanggan Arif hehehehe sabar sj Bom.
.
Shah @ Putih mendapat Naib Juara setelah tewas juga ditanggan Arif. Walaubagaimana pun hanya Shah saja satu-satunya wakil M3K yang mampu beraksi di peringkat akhir.
.Inilah wajah Juara Zainol Ariffin yang telah menewaskan Shah@Putih dengan jaringan 3-0.
.
Acara terakhir adalah....hehehe biasalah menyalai2 n makan......

Saturday, August 15, 2009

Pictures Of The Day


Gambar-gambar di atas ani bukannya beedit ni ah....aku pun nda tau cana camera man tani mengambar ni...but nice job lah...bleh di kira raget ni :)

M3K FT Juara Futsal Keputeraan 2009

Aksi-aksi kaum keluraga yang sama-sama memberikan sokongan padu
.

Seperti biasa warming up penting b4 d game...
.
Tapi yang lebih penting adalah berdoa kepada Allah S.W.T
Ya Allah berilah kami kekuatan dan semangat di dalam mengharungi cabaran ini
.
The Final Game iZ BegIn....di sinilah penentu segala-galanya...sejarah baru bakal terukir....
.
Go M3K FT Go.......Teruskan perjuangan hingga selesai.....
.
Saat-saat yang mendebarkan...biasalah sepakkan panelty...Tuhan ganya tau ni perasaan kami waktu ani....
.
Finaly we are the champions 2009
Alhamdulillah
.
Bergambar kenangan bersama-sama dengan Tetamu Kehormat Majlis yang berkesudian menyampaikan Piala Keputeraan kepada pemenang.
.
Bergambar dengan AJK Pertandingan Futsal Piala Keputeraan 2009
.
Sweetz Memoriessss...

15.08.2009, Sabtu, Stadium Tertutup Komplex Sukan Negara Hassanal Bolkiah terukir satu sejarah baru apabila pasukan M3K FT telah dinaubatkan sebagai Juara Futsal Piala Keputeraan ke 63 tahun setelah berjaya menewaskan pasukan Creativol.

Dalam perlawanan final tersebut kedua-dua pasukan mempamirkan kesungguhan masing-masing untuk merebut gelaran juara pada tahun 2009 ini. Pasukan M3K FT bermula garang dengan asakan bertali arus menyerang ke kubu pertahanan pasukan Creativol yang cukup kental dan mampu menepis setiap serangan yang lancarkan. Dalam keasyikan menyerang akhirnya pasukan M3K FT pula dikejutkan dengan jaringan yang tidak di duga hasil rembatan daripada sudut sebelah kanan gawang yang seterusnya menewaskan penjaga gawang M3K FT buat kali pertama. Kedudukan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa yang pertama.

Sebaik saja bermulanya separuh masa ke dua, pasukan M3K FT seolah-olah kehilangan arah. Setiap percaturan serba serbi tidak mengena. Akan tetapi dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi akhirnya M3K FT mendapat semula rentak permainan dan akhirnya goal penyamaan yang dinanti-nantikan muncul apabila Mohd Azri Jumat (munk) membuat rembatan cantik hasil hantaran kemas daripada Mohd Hamiduddin (Captain) menerjah gawang pasukan Creativol dan seterusnya menjadikan kedudukan seimbang semula 1-1. Keputusan tersebut berterusan hingga tamat separuh masa ke 2.

Maka penentuan Juara adalah dilakukan melalui sepakan panelty yang cukup mendebarkan. 3 penendang pertama mampu menyempurnakan tugas masing-masing, sehinggalah berlakunya kecuaian demi kecuaian oleh beberapa pemain. Dalam perlawan ini penjaga gawang perlu diberikan pujian yang tinggi kerana berjaya mempamirkan aksi yang menarik. Akhirnya penjaga gawang M3K FT iaitu penjaga Gawang gantian mempamirkan prestasi terbaik beliau apabila mampu menyelamatkan 4 sepakan panelty pihak lawan. Dengan kecemerlangan beliau akhirnya secara mutlaknya pasukan M3K FT dinaubatkan sebagai Juara 2009.

Dalam perlawanan tersebut, pemain jersi 4 iaitu Mohd Sarafuddin (Sarap) di anugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Manakala pasukan M3K FT berjaya membawa pulang Piala Pusingan, Piala Rebutan, Pingat Emas dan wang tunai berjumlah $2000 ringgit Brunei. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua pemain M3K FT diatas kejayaan yang diperolehi dan tidak lupa juga diucapkan ribuan penghargaan kepada Pengurus Pasukan M3K FT iaitu Hj Mohd Fuziman...jasa biskita tetap kami kenang.


Friday, August 14, 2009

M3K FT berjaya mencipta sejarah

Doa adalah senjata utama mencapai kemenangan...Kerana kekuasaan dan Rezeki hanya milik Allah yang mengatur segala kehidupan Manusia...

.
Alhamdulillah Doa Kami dikabulkan Allah...we are going 2 the final...
.
Apa lagi...biasalah bakas main...kita mamam dulu....
.
Detik2 berharga setelah mengecapi kemenangan menuju ke Final
.
The Game Is Begin!!!!
Pantang Menyerah Kalah Sebelum Berjuang
.
Kalau pasal begambar hehehehe paham2 saja tah...

.
Suasana Sebelum Perlawanan Bermula
.
Bah laju!!! Warming Upz Dulu Geng...lalah kang...wawawa
.
Time Nunggu Giliran Kan Main ni hehehe mana batah nunggu...Dtg Kul 3.30 belawan kul 7.00 mlm hahahah...belangau + begiuk bah...n Lapar parut...
.
Atas (Kiri): Hamid, Zack, Putih, Sarap, Munk
Bawah (Kiri): Lp, C Pol, Azri, Vio, Linchong Jr

14.08.2009, Jumaat, perlawan pusingan ke 2 Piala Keputeraan peringkat kebangsaan diteruskan lagi dengan 14 pasukan berentap bagi mengejar satu gelaran iaitu Juara. Dalam pusingan ke 2 ini, pasukan M3k FT bernasib baik kerana diletakkan sebagi pasukan menunggu pada peringkat Quarter final yang menyaksikan pasukan M3K FT berentap dengan pasukan Mixed Futsal yang telah berjaya menewaskan pasukan UBD A pada peringkat pusingan ke 2. Dalam Perlawan peringkat Quarter Final ini M3K FT mempamirkan permainan yang menarik dan berjaya mendahului pasukan Mixed Futsal dengan jaringan 3-0, namun kedudukan tersebut bukanlah satu kedudukan yang selesa kerana pemain-pemain Mixed Futsal yang dibarisi oleh beberapa orang pemain futsal kebangsaan mampu menjaringkan goal semangat mereka pada separuh masa ke 2 menjadikan kedudukan 3-1 kembali tegang. Namun pasukan M3K FT yang mempunyai semangat juang yang tinggi akhirnya mampu mempertahankan kedudukan tersebut namun pasukan Mixed Futsal sekali lagi mampu merapatkan jurang jaringan menjadi 3-2. dan menjadikan keaadan perlawanan semakin tegang. Kedudukan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan.

Menanti pasukan M3K FT pada peringkat Semi Final adalah pasukan Shah. Utd yang telah berjaya menjinakkan pasukan Kota Junior dengan jaringan 4-0. Seperti yang dijangka perlawanan sengit diantara pasukan M3K FT dengan Shah.Utd menjadi kenyataan. Di mana kedua-dua pasukan sering berbalas-balas serangan dan corak persembahan pantas turut dipamirkan. Tuah sekali lagi menyebelahi pasukan M3K FT apabila rembatan pemain penyerang Mahardi (vio) mengegarkan gawang pihak lawan dan seterusnya menyuntik semangat para pemain lainnya untuk beraksi lebih cemerlang lagi. Pasukan Shah.Utd yang turut dibarisi oleh beberapa pemain berpengalaman ternyata sukar untuk di tewaskan, asakan bertali arus sering dilakukan namun pertahanan dan penjaga gawang M3K FT bertindak cemerlangan menepis semua asakan tersebut. Dalam kerancakan menyerang yang dilakukan oleh pemain-pemain Shah.Utd akhirnya mereka membuat satu kesilapan yang membolehkan pasukan M3K FT membuat serangan kilat yang akhirnya menghadiahkan goal ke 2 hasil rembatan cantik daripada pemain jersi 9, Mohd Nuralfi (LP) dan seterusnya melenyapkan harapan Shah.Utd untuk mara ke peringkat akhir. Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa ke 2.

Ini bermakna pasukan M3K FT berjaya melakar satu sejarah baru arena futsal Negara Brunei Darussalam apa bila pasukan yang kurang dikenali ini mampu untuk mara ke peringkat akhir yang akan bertemu dengan pasukan Creativol yang telah berjaya menewaskan pasukan Futsal Brothers. Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung pada 15.08.2009 , jam 7.30 malam bertempat di Stadium Tertutup Negara Hassanal Bolkiah. Semoga M3K FT mampu mencipta sejarah yang cemerlang dalam perlawanan peringkat akhir tersebut Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Futsal Keputeraan M3K FT Cemerlang menuju ke pusingan ke 2

New M3K FT ReVoLuTiOn
.

10.08.09, Isnin, Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah menjadi medan penentuan bagi pasukan Futsal M3K FT dalam mengharungi pertandingan futsal piala Keputeraan sempena sambutan hari KeputeraanKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaullah yang ke 63 Tahun.

Dalam pertandingan tersebut pasukan M3K FT telah berjaya menewaskan 3 pencabar lainannya dan 1 berkeputusan seri. Kemenangan pertama diperolehi melalui kemenangan dengan jaringan 3-1 iaitu menumpaskan pasukan PPJ. Rentak kemenangan terhenti buat seketika apa bila pasukan M3K FT terikat tampa jaringan 0-0 dengan pasukan Bukit Bandera daripada daerah Tutong yang juga turut layak ke pusingan seterusnya.

Kemenangan kedua diperolehi apabila pasukan M3K FT berjaya menumpaskan pasukan Courio dengan jaringan 2-0 dan setelah itu pasukan Phouspor pula menjadi mangsa seterusnya dengan jaringan 3-0. Ini bermakna pasukan M3K FT mengekalkan rekod tanpa kalah dengan memperolehi 10 mata dalam 4 perlawanan tersebut.

Pada malam tersebut juga merupakan malam yang terindah buat pasukan M3K FT kerana berjaya mara ke pusingan ke 2 dan telah mampu melenyapkan "BADI KEKALAHAN SAAT-SAAT TERAKHIR" yang sering di alami sebelum ini...semoga pasukan M3K FT semakin mantap dan terus maju kehadapan dengan berpegang dengan kata-kata pembakar semangat "Manang Kompom Kalah Kalok".

Saturday, July 18, 2009

M3K FT Mengikuti Cabaran Futsal XbiZ


Pada 19.07.2009 hingga 20.07.2009 Pasukan M3KFT akan mengharungi cabaran 2 Days Futsal Carnival Futsal Cahallenge 2009. Undian peringkat kumpulan telah pun dilakukan pada 17.07.2009 yang telah lalu dan menempatkan Pasukan M3KFT dalam kumpulan F bersama-sama dengan pasukan XBT "B", Pega Star "A", XBIZ Futsal dan MP7 FC. Hanya 2 pasukan yang terbaik sahaja akan layak untuk bersaing pada pusingan seterusnya. Go M3kFT Go...... Pantang menyerah sebelum berjuang...Manang Kompom Kalah Kaluk...hehehe