Myspace Banner Generator @ JellyMuffin.com

Brunei Darussalam Negara Tercinta

We Represent

All About FootBalL

Friday, August 14, 2009

M3K FT berjaya mencipta sejarah

Doa adalah senjata utama mencapai kemenangan...Kerana kekuasaan dan Rezeki hanya milik Allah yang mengatur segala kehidupan Manusia...

.
Alhamdulillah Doa Kami dikabulkan Allah...we are going 2 the final...
.
Apa lagi...biasalah bakas main...kita mamam dulu....
.
Detik2 berharga setelah mengecapi kemenangan menuju ke Final
.
The Game Is Begin!!!!
Pantang Menyerah Kalah Sebelum Berjuang
.
Kalau pasal begambar hehehehe paham2 saja tah...

.
Suasana Sebelum Perlawanan Bermula
.
Bah laju!!! Warming Upz Dulu Geng...lalah kang...wawawa
.
Time Nunggu Giliran Kan Main ni hehehe mana batah nunggu...Dtg Kul 3.30 belawan kul 7.00 mlm hahahah...belangau + begiuk bah...n Lapar parut...
.
Atas (Kiri): Hamid, Zack, Putih, Sarap, Munk
Bawah (Kiri): Lp, C Pol, Azri, Vio, Linchong Jr

14.08.2009, Jumaat, perlawan pusingan ke 2 Piala Keputeraan peringkat kebangsaan diteruskan lagi dengan 14 pasukan berentap bagi mengejar satu gelaran iaitu Juara. Dalam pusingan ke 2 ini, pasukan M3k FT bernasib baik kerana diletakkan sebagi pasukan menunggu pada peringkat Quarter final yang menyaksikan pasukan M3K FT berentap dengan pasukan Mixed Futsal yang telah berjaya menewaskan pasukan UBD A pada peringkat pusingan ke 2. Dalam Perlawan peringkat Quarter Final ini M3K FT mempamirkan permainan yang menarik dan berjaya mendahului pasukan Mixed Futsal dengan jaringan 3-0, namun kedudukan tersebut bukanlah satu kedudukan yang selesa kerana pemain-pemain Mixed Futsal yang dibarisi oleh beberapa orang pemain futsal kebangsaan mampu menjaringkan goal semangat mereka pada separuh masa ke 2 menjadikan kedudukan 3-1 kembali tegang. Namun pasukan M3K FT yang mempunyai semangat juang yang tinggi akhirnya mampu mempertahankan kedudukan tersebut namun pasukan Mixed Futsal sekali lagi mampu merapatkan jurang jaringan menjadi 3-2. dan menjadikan keaadan perlawanan semakin tegang. Kedudukan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan.

Menanti pasukan M3K FT pada peringkat Semi Final adalah pasukan Shah. Utd yang telah berjaya menjinakkan pasukan Kota Junior dengan jaringan 4-0. Seperti yang dijangka perlawanan sengit diantara pasukan M3K FT dengan Shah.Utd menjadi kenyataan. Di mana kedua-dua pasukan sering berbalas-balas serangan dan corak persembahan pantas turut dipamirkan. Tuah sekali lagi menyebelahi pasukan M3K FT apabila rembatan pemain penyerang Mahardi (vio) mengegarkan gawang pihak lawan dan seterusnya menyuntik semangat para pemain lainnya untuk beraksi lebih cemerlang lagi. Pasukan Shah.Utd yang turut dibarisi oleh beberapa pemain berpengalaman ternyata sukar untuk di tewaskan, asakan bertali arus sering dilakukan namun pertahanan dan penjaga gawang M3K FT bertindak cemerlangan menepis semua asakan tersebut. Dalam kerancakan menyerang yang dilakukan oleh pemain-pemain Shah.Utd akhirnya mereka membuat satu kesilapan yang membolehkan pasukan M3K FT membuat serangan kilat yang akhirnya menghadiahkan goal ke 2 hasil rembatan cantik daripada pemain jersi 9, Mohd Nuralfi (LP) dan seterusnya melenyapkan harapan Shah.Utd untuk mara ke peringkat akhir. Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa ke 2.

Ini bermakna pasukan M3K FT berjaya melakar satu sejarah baru arena futsal Negara Brunei Darussalam apa bila pasukan yang kurang dikenali ini mampu untuk mara ke peringkat akhir yang akan bertemu dengan pasukan Creativol yang telah berjaya menewaskan pasukan Futsal Brothers. Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung pada 15.08.2009 , jam 7.30 malam bertempat di Stadium Tertutup Negara Hassanal Bolkiah. Semoga M3K FT mampu mencipta sejarah yang cemerlang dalam perlawanan peringkat akhir tersebut Amin.

No comments:

Post a Comment